Rabu, 14 Disember 2011

Mahar cinta..

kata-kata yang terdapat dalam novel MAHAR ASMARA ini membuatkanku tertarik..

Simpulkan semua yang kita lalui dengan berfikiran positif.Dengan demikian hati kita akan menjadi tenang.Keikhlasan kita walaupun orang lain tidak nampak,tetapi Allah itu Maha Mengetahui.
Hari esok belum pasti secerah hari ini.Kemungkinan gelap dan berkemungkinan ada sinarnya.Yang pastinya kita sanggup menempuh hari esok walau apa jua onak dan ranjau durinya.
Mungkin esok yang mendatang dapat membawa sekali keberaniaan dalam dirinya.Ataupun lusa yang mengundang yang lebih memberanikan dia berbanding hari esoknya
Inilah yang dinamakan ketentuan Allah.Kehidupan yang sementara di dunia ini umpama wayang.Skripnya sudah ditentukan.Kita sebagai makhluk-Nya hanya melakonkan apa yang telah tersurat.Tiada sesuatu pun yang berlaku ke atas diri kita dan seluruh makhluk-Nya melainkan hanya dengan kudrat dan kehendak Allah.Semua yang kita lalui itu talah diaturkan.Kita hanya mampu merancang tetapi Allah jualah yang menentukannya.
Hidup,Sesungguhnya bukan mudah untuk melupakan kenangan .Bukan mudah juga untuk mencapai segala impian.Betapa sukarnya untuk melupakan rasa cinta pada orang yang pernak kita sukai.Dan sukarnya juga untuk jatuh cinta pada orang yang tidak pernah diingini.Tapi itu lah suratannya.Tanpa keberaniaan impian takkan menjadi kenyataan.Itulah mahar bagi sebuah kasih sayang..



carilah cinta yang sebenarnya......


                            

Sabtu, 3 Disember 2011

Setiap org dikurniakan perasaan mencintai dan dicintai sesama insan..tp cuma cara kte mengenalinya dan memiliknya adalah berbeza...
Kadang kala kte bercintai dgn seseorang tinggal berjauhan dgn kte..kte menyayanginya dgn sepenuh hati tp kte tak tahu spe jodoh kte sebenarnya...
Ble tiba masanya,,bru kte tahu kadang2 jodoh kte ada di depan mata kte..iaitu seseorang yg selalu bersama kte,seseorang yg selalu mengambil berat tentang kte dan yg dianggap kawan itulah jodoh kte..itu semua tidak pernah dijangka..tp Allah telah menentukan segala2nya yg terbaik utk kte...

....Kadang kala,Allah temukan kte dgn org yg salah dlu sebelum Dia temukan kte dgn org yg betul...

Selasa, 31 Mei 2011

ermmm......

Npe owg yg di alam percintaan akan ada rasa kecewa,sedih & gelisah..sedangkan dy telah dpt cinta yg di impikan..
    mungkin ....lafaz cinta hnya pd bibir...
                       perasaan cinta hnya terpaksa tuk menjaga hati si dia...
                       cinta x hadir dari hati yg ikhlas....
                       cinta dipaksa oleh sesuatu pihak..
                       si dia x setia yg disangka...
                       si dia ada "kekasih gelap" yg kita x tau...
      dan mcm2 lagi..di atas antaranya...
tpi npe perkara itu perlu terjadi???
susah sngt ker,,pasangan kita nk paham kita...pe lah salah kita smpai pasangan kita menduakan kita......
itu lah yg dikatakan cinta itu buta...
     cinta x nk nmpak tp senang tuk permainkan perasaan seseorg klu seseorg itu x pndai mengawalnya...

"ingatlah selalu...cinta  x kn bawa kita ke mana2...klu kita pndai jaga cinta yg kita ada..INSYA ALLAH cinta itu akan bawa kita hingga ke SYURGA"


Jumaat, 20 Mei 2011

renungkan...

cita-cita??
cinta??
2 perkataan yang hampir sama tapi maknanya amatlah berbeza....
cita-cita ialah impian yg ingin di capai suatu hari nnti..
cinta ialah satu perasaan yg lahir dan dikurniakan untuk semua manusia ciptaan Allah sama ada ia hadir dgn sengaja @ tidak sengaja...

bg kamu pe yg patut dikejar dlu???sama ada cinta @ cita-cita????
cinta pada Allah...
cinta pd ibu bapa...
cinta pd adik-beradik..
cinta pd ahli keluarga...
cinta pd saudara mara....
cinta pd guru2 dan rakan2...

dalam masa yg sama cita2 perlu dikejar untuk menjamin masa depan...
tp cinta sesama insan letaklah di tangga yg terbawah..kerna cinta sesama insan tidak kekal seperti cinta kita pada Yang Esa yg kekal abadi...

"kejarlah cita-cita dulu,,kerna cinta akan datang mengiringi cita-cita"

Rabu, 13 Oktober 2010

cinta pertama???

Cinta pertama adalah saat yang paling manis dan saat itu hidup dalam hati kami selama-lamanya dengan jalinan ikatan yang bermakna.

Cinta pertama adalah sebuah perasaan awal yang bermula,berputik dan bercambah buat kali pertama.Semua kemanisan perasaan yang tidak pernah dirasai.

Cari cinta yang setia macam ombak,tak pernah jemu menghempas pantai.Tetap setia walau apa pun terjadi.


Ombak yang terus setia memukul pantai menjadi santapan mata kami.Alangkah indahnya jika menjadi dan mendapat kekasih sesetia ombak.


Dalam rasa marah,terselit rasa kasih,
Dalam rasa geram,terselit sinar rindu.


Hidup ini bukan hanya berlandaskan cinta.Cinta sahaja tidak akan ke mana.Manusia tidak akan kenyang dan bahagia dengan hanya mengunyah cinta.Kita perlu lebih dari itu untuk kehidupan ini.Cinta,ilmu dan iman.Itulah rempah-ratus dalam mencari kebahagian yang sebenar .


Cinta pertama bagiku amat bermakna.Huluran kasih daripada seorang lelaki yang bernama teman yang mwndekatkan dua hati.Tanpa lafaz jawapan,cukup dengan senyumanku yang agak malu-malu.


CINTA!Itulah kemanisan yang tidak boleh dijual beli.Benarlah kata pujagga,manusia boleh jadi gila kerana cinta.Aku akui kebenaran itu.Ianya cukup indah dan mampu membuatkan manusia menjadi sasau.


Cinta itu wujud apabila kita mula merasainya.Bila kita dah merasainya,ungkapan cinta itu sudah tidak perlu lagi.


CINTA! Perasaan itu memang payah untuk ditafsirkan.Kadangkala terasa gilanya sesebuah cinta itu.Ianya menyakitkan.Mengelirukan.Membebankan.Itulah perasaan yang seseorang rasai sekarang.


Pengalaman mengajar aku erti sebuah cinta yang abadi.Kerinduan yang menghambat,mengajarku erti kasih.Tanpanya hidupku kosong dan sepi.



Hadirnya cinta tidak diduga.Hadirnya kasih tidak dipinta.


Cinta walaupun tanpa dirancang dan dipupuk,boleh bersemi dalam dalam diri setiap manusia.Cinta adalah sebuah perasaan sayang kepada seseorang tanpa rasa dipaksa @ terpaksa.Cinta sebegini selalunya hadir bila diri dalam kegelisahan,kesepian dan kesedihan.Ketika itu,amat mudah dan tidak mustahil untuk jatuh cinta pada orang yang paling rapat dan dekat dengan kita yang sentiasa berada di sisi.

Khamis, 7 Oktober 2010

Kehidupan bercinta??

org kata hidup mesti bercinta..betul ker???klu x bercinta salah ker??cinta pd sesama insan hanya sementara tpi cinta pada Allah adalah hakiki...tpi memang lumrah kehidupan manusia untuk bercinta kerana itu anugerah yang Allah berikan pada kita..tpi kita bercinta mesti ada had..pada zaman ini remaja yang bercinta sudah melebihi hukum agama..x salah klu hendak bercinta tpi ingt-ingt lah sikit...bercinta??pe yg dimaksudkan dengan cinta??indah sangat ker hidup dengan bercinta??
selalunya perasaan ini wujud tanpa diduga,tanpa dipaksa dan tanpa kita sedari..perasaan itu datang tanap kita duga dan tanpa kita sedari,perasaan itu telah ada dalam diri kita..sukar untuk kita tafsirkan perasaan itu..lagi-lagi klu seseorang itu mempunyai perasaan ini buat kali pertama dalam hidup..dirinya itu macam x percaya..
terlalu banyak cerita tentang cinta??tpi cinta pada kali pertama adalah yg paling indah..masa itu,kita sukar nak tafsir perasaan kita pada seseorang kerana kita x pernah mengalaminya..kita terpaksa lah menerima hakikat bahawa perasaan bercinta akan hadir dalam diri seseorang itu..x salah kita bercinta dengan kaum berlainan jantina..tpi mesti ada batas..
tetapi yang paling baik dalah bercinta semasa dalam ikatan pertunangan kerana di situ kita akan mengenali seseorang itu lebih rapat sebelum diijab kabul kan...
cinta pada zaman remaja x salah tpi jangan sampai kita terlupa untuk belajar dan jangan sampai kita lupa tanggungjawab kita sebagai anak dan pelajar...
istilah cinta??bukan tertumpu pada cinta berlainan jantina sahaja tapi banyak lagi perkara yang boleh kita cinta kannya..antaranya kita cintakan ilmu,cintakan guru,cintakan ibu bapa dan keluarga,dan yang paling penting adalah kita CINTA PADA ALLAH..kerana Dialah kita mendapat pelbagai keistimewaan...



carilah cinta yang betul-betul boleh membawa ke syurga...